JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditahan manakala tiga lagi masih diburu berhubung cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura berusia tujuh tahun, di sini kira-kira jam 4.30 petang Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada tarikh yang sama.
"Lelaki itu yang juga merupakan suspek utama juga telah direman selama tujuh hari mulai 13 Disember hingga 19 Disember 2023.
"Dia kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, pada Selasa.
"Lelaki tersebut yang juga seorang mekanik dan menjalankan perniagaan sendiri di rumah juga merupakan suspek utama dalam insiden tersebut," katanya.
Pada Rabu, tular di media sosial laporan akhbar Singapura, Mothership berhubung insiden tersebut.
Laporan berkenaan turut menyiarkan wajah bapa kanak-kanak tersebut yang dilaporkan mengalami beberapa kecederaan ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada diculik.
Sementara itu, Raub berkata, hasil siasatan mendapati suspek utama merupakan ahli rakan kongsi kepada bapa mangsa merancang bersama tiga lagi suspek yang masih bebas telah menculik kanak-kanak berusia tujuh tahun tersebut.
"Suspek utama juga merancang mahu melakukan pemerasan wang (tebusan), sebanyak RM300,000 daripada bapa mangsa.
"Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada kesemua suspek kerana pihak polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada tarikh yang sama. -Gambar fail
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Cubaan culik kanak-kanak warga Singapura, suspek ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada tarikh yang sama.